Istigfar adalah
kalimah yang sangat
pendek, tapi memiliki makna yang sangat dahsyat, sangat mendalam
& sangat indah dalam hidup kita. Istigfar
memiliki 2 makna.
Pertama, setiap kali kita
mengucapkan Astagfirullahal’adzim, bererti kite meminta ampun daripada Allah,
minta di maafkan segala kesalahan kita, minta di tutupi aib-aib kita. Semakin
kerap kita beristigfar maka semakin bersih diri kita daripada dosa, kesalahan
dan aib-aib. Ini kerana Allah sangat menyukai hamba Allah yang terus beristigfar. Kerana tidak satu pun
antara kita yang bersih daripada dosa, maka istigfar adalah kewajipan dan
keperluan kita, agar Allah mengampuni dosa kita, memaafkan kesalahan kita dan
menutupiaib kita.
Kedua, setiap kali kita
mengucapkan Astagfirullahal’adzim, bererti kite meminta daripada Allah, mohon
kepada Allah, bersungguh2, agar Allah memperbaiki hidup kita, menguatkan akidah
kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan kita hamba yang
berakhlak mulia.
Subahnallah..
Walaupun dengan 1 ucapan tetapi ianya mempunyai 2 keinginan. Kerana itu tidak
hairan hamba Allah yang bersungguh-sungguh beristigfar tampak dalam
kehidupanya, semakin berkat, semakin membawa kebaikan dan perbaikan, semakin
bahagia, tenang dan menyenangkan, di dunia dan di akhirat. Kerana itu
Rasulullah s.a.w. bersabda, “
Barangsiapa yang membiasakan dan selalu beristigfar kepada Allah, maka Allah
mudahkan saat ia sulit, Allah gembirakan saat ia sedih dan Allah beri rezeki
dari jalan yang tidak pernah ia duga.”
Kemudian, dalam
Al-Quran surah Nuh ayat 10,11 dan 12, Allah s.w.t. berfirman, maksudnya, “Beristigfarlah kepada Tuhanmu,
sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan
kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan
untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.”
Beristigfar kita
kepada Allah, nescaya Allah turunkan musim hujan yang berat. Allah mudahkan
kita mendapat rezeki. Allah hadirkan untuk kita anak-anak kita,
generasi-generasi yang soleh, generasi robbani. Kemudian Allah makmurkan negeri
kita. Allah sejahterakan kita. Allahu Akbar.
Jadi, istigfar
bukan hanya kewajipan, tapi kewajipan kita. Kerana itu Rasulullah s.a.w.,beliau
tidak bangun dari tempat tidur beliau, kecuali beliau beristigfar 70kali, dalam
hadis lain 100kali. Walaupun dia maksum, dijamin masuk syurga, bebas daripada
dosa, tetapi begitu hebat istigfarnya kepada Allah. Apalagi kita yang banyak
doa..
Tu je la yang
dapat sye share kn bersama. So, renung2kan dan selamat beramal..(^_^)..