~MemBace pUn BoleH DapAt dUit TaU..(^_^)..~

TeMaN bLoG saYE (^_^)

Sunday, October 31, 2010

~WaNitA & AiR MatA~


Assalamualaikum..

hari ni sye nk berkongsi tentang air mate..sbb td pas solat tetiba je rase nk menangis..kenapa saye menangis? Biarlah sya dan Allah je yg tahu..berbalik ada cerita tentang air mata ni..then,sya pun trus la cari info tentang air mata yg ley dikongsi bersama ngan kawan2 semua..so ni la serba sedikit yg sya dapat cri..


Mengapa Perempuan lebih banyak menangis daripada lelaki?
Kajian ilmiah menetapkan bahawa perempuan lebih banyak menangis empat kali ganda berbanding lelaki. Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang bentuknya lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.
Para ilmuwan Amerika sampai pada kesimpulan bahawa menangis sangat berguna untuk kesihatan. Air mata yang asli, baik itu air mata bahagia atau air mata kesedihan dapat membantu mengembalikan keseimbangan kimia tubuh.
Perempuan lebih banyak menangis kerana mereka sering hanyut dalam tangisan. Mereka mengeluarkan tangisan  dengan diiringi suara yang dapat didengar  sebanyak 64 kali dalam setahun. Sedangkan lelaki hanya mampu menangis 17 kali dalam setahun.
Para ilmuwan berpendapat “ Jenis air mata yang mengalir akibat tekanan perasaan (emosi) dari segi bentuk dan fungsinya adalah berbeza-beza. Air mata jenis ini merupakan reaksi kimia yang muncul sebagai tindak balas  atas gejala-gejala emosi yang bercampur dengan perasaan. Dengan demikian, ia lebih penting daripada protein.”
Menangis dapat meringankan kadar tekanan kejiwaan. Ini sangat berguna untuk kesihatan lebih-lebih lagi kita kerap mendengar pelbagai jenis penyakit yang disebut sebagai penyakit tekanan jiwa.
Para ilmuwan menegaskan bahawa menangis dapat menyebabkan panjangnya usia kaum hawa. Menurut mereka, air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan. Perkara ini mengakibatkan tubuh akan bebas dari racun.Para ilmuwan dalam bidang kedoktoran jiwa menegaskan bahawa menangis dapat menyelamatkan perempuan masa kini dari ketegangan urat saraf yang ia alami akibat banyaknya permasalahan yang harus dihadapi ketika menjalani rutin kehidupan.
Para doktor pakar mata juga berpendapat bahawa air mata berfungsi membasuh mata dan mengosongkannya daripada kandungan racun yang muncul akibat tegangnya urat saraf perasaan dan emosi yang selalu datang silih berganti.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Yg ni plak ade sikit Hadith Rasulullah SAW yang saya jumpe dalam 1 laman web yg bercerita mengenai kekuatan air mata: (maaf jika ade yg tersilap)
Rasulullah Saw. bersabda : "Wajah yang dibasahi air mata karena takut pada Allah walaupun sedikit akan diselamatkan dari api neraka." Beliau juga bersabda, "Jika seseorang menangis karena takut pada Allah maka dia tidak akan masuk neraka, seperti tidak mungkinnya air susu masuk kembali ke putingnya."
Aisyah bertanya kepada Rasulullah Saw., "Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan masuk surga tanpa hisab?", "Ia" jawab Nabi. "Dia adalah orang yang banyak menangis karena menyesali dosa-dosa yang telah ia lakukan."
Dalam kesempatan lain Rasulullah Saw. bersabda, "Ada dua jenis tetesan yang sangat disukai oleh Allah, tetesan air mata karena takut pada-Nya dan tetesan darah karena perjuangan di jalan-Nya.
credit to:http://www.eramuslim.com/oase-iman/kekuatan-air-mata.htm
Jadi marilah kite renungkan bersama ye..(^_^)


Friday, October 29, 2010

~~FaDHilAt HaRi JumAAt~~

Assalamualaikum...

hye semua..
hari ni nk share skit pasal hari Jumaat, penghulu segala hari kn..
bila tiba je hari Jumaat mesti ramai yg tersenyum lebarkan..
yela sebab esoknye cuti..betulx?..(^_^)..
tp ade lak segelintir kaum adam ni..bila tiba hari Jumaat je mst diorg xsuke..
sbb...
diorg MALAS nk gi solat Jumaat..mesti ade diantara kite yg pernah nmpak kaum2 adam ni masih lg berkeliaran di kedai2 mkn..shopping complex, & kt mane2 la yg xsepatutnye diorg berada bila tiba hari Jumaat ni kan..ape perasaan korang.. mst ade rase nk tegur diorgkan.." abg x gi sembahyang Jumaat ke?"..ish2 xbersalah ke diorg ni..teruk betul..xsenonoh betul perangainye..ape nk jadi kan pada ummat akhir zaman ni..menakutkan je..

xpe la..ape2 pun dosa diorg yg tanggung...Astagh Firullahalladzim..

ni ade beberapa fadhilah hari Jumaat yg saye terbaca dalam internet..meh kite renungkan bersama..(^_^)..


  1. ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.
  2. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa yang membuka surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam."
  3. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum sembahyang Subuh Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut."
  4. Dari Abu Hurairah katanya, dia mendengar Nabi bersabda, "Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat, melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya."
  5. Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.
  6. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai) tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik."
  7. Nabi Muhammad bersabda, " Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat)."
renung2kan ..selamat beramal..(^_^)


Wednesday, October 27, 2010

Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID

saje2

assalamualaikum..


huhu ari ni cm xde mood je nk study
padahal esk da ade paper..
aduh..cam ne ni


wahai mood dtg la dikau..
k la nk try cri mood tu..
jgn samapi sye tertido sudah..
hehe

JoM MaKan BuaH PisAng..(^_^)

Khasiat Buah Pisang
Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk.. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.
PMS:
Lupakan pil-pil hospital makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.
Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.
Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.
Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.
Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.
Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.
Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda

BiLa cEritA teNtAnG DuiT

Assalamualaikum..

pagi2 buta ni la idea datang..
hehe nk buat cm ne..

jom kite bercerita tentang duit..
lau kite bercerita pasal duit sampai ke mati pun belum tentu habis..
bila kite ngh belajar ni pun kene gune duit..
da kerja karang lagi la byk kite gune duit..
sbb lg byk duit kite, byk juga la yg kite nk beli..
betul x?
kalau di fikirkan balik..
duit ni xpernah nk cukup kan..

timbul isu duit ni bila sye dok mengira & membuat budget tuk thn depan
a.k.a the next semester which is sem 5..
huhu bila dok budget2 ni..
pening jadinye..
mane nk byk duit umah,
bil itu,bil ini..
mcm2 la..
siap da berfikir dan berbincang bersama housemate..
bagaimana caranya tuk mengurangkan perbelanjaan tuk sem depan..

ni antara usul2 yg diutarakan:
1. belanja brg dapur di COWBOY..(hehe sbb kat sane murah)
2. setiap kali mkn xpayah la amik nasi tambah (hehe ni nk kurangkan kadar membeli beras..)
3. beli susu tepung byk2..(hehe ni tuk persediaan menghadapi gastrik..)

hehe usul2 lain belum di fikirkan lagi..

hmm ade lgi 1 perkara yg mengganggu fikiran sye skrg ni..
keliru dan xtau ape sbnrnye perasaan ni..
hehe sebenarnye ngh confius sama ade nk keje ke tidak cuti sem ni..
tp nk keje xtau nk keje kt mane..aduh pening2..
bila xkeje xde lak duit poket nnt..
cm ne ek?
nk keje ngn abah ley je..tp xdpt lak nk cri pengalaman kerje..
ish3..duit punye pasal ley jd bingung tau..
ape2 pun..harap2 tido kang xterbawa dlm mimpi..
(^_^)..
k la gud nite..nk bercerita lgi takut xhabis2 kang...
bye2


Monday, October 25, 2010

mOoD ExaM

assalamualaikum..

xsangka da hampir habis sem ni..
macam baru semalam je daftar masuk tuk sem 4 ni..
next sem da sem 5 lak..
eh2..
jgn cerita pasal sem depan dlu la..
huhu marilah kite fokus pada final exam dlu..
hehe
sebenarnye bru je hbs 1 paper..
ade lg 5 paper lg menanti..
hehe ape2 pun gud luck tuk semua yg amik final exam skrg ni
hehe semoga kite semua dapat jawab soalan 
& yg penting lulus dengan cemerlang..
hehe
k la..
time tuk berusaha tuk paper yg seterusnya..
dadadada....

Friday, October 1, 2010

RahSiA SenYumAn..(^_^)


1.Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. 
 
2.Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3.Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. 

4.Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri. 

5.Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa. 

6.Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan. 

7.Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan. 

8.Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' . 

9.Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit). 
10.Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung. 

11.Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat. 

12.Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru. 

13.Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit. 

14.Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan. 

JoM kiTe BerPAkaT.. (^_^)

jOm JeNguK..(^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...