~MemBace pUn BoleH DapAt dUit TaU..(^_^)..~

TeMaN bLoG saYE (^_^)

Tuesday, June 28, 2011

StaRTeAm TeRbAik !!!

Assalamualaikum...

hye semua..selamat pagi..
(^_^)
da lame rasenye xmengupdate blog..
maklum la..
kat kampung ni line BB ni xberapa nk lancar hehe
hehe so jdnye aktiviti mengupdate blog ni pun xberapa nk lancar la..hehe
tp ari ni CD usahakan juga nk update entry..
CD rase sebelum ni CD xpernah cerita pasal CD ade join team netball kn?
ke CD pernah cerita?
haha terlupe sudah..haha maklum la..
daya ingatan CD xbrp nk mantop la korg..hehe xpe2..
meh CD story mory skit..

hehe sebenarnye CD ade join team netball..
dr sekolah rendah lg CD da dok aktif bersukan..hehe
sbb tue muke CD ni xbrp nk cerah...haha
(hehe segan lak nk ngaku diri ku ini gelap..haha..)
hehe xkisah la bab muke ni..
hehe CD start join team ni pun dr tahun 2005 kot..
mase tue bru2 lepas sekolah menengah..
hehe xsangka ley bertahan smp sekarang..
name team CD ni  STARTEAM namenye..


mmg "STAR" la kitrg semua ni...
tp ape2 pun team ni semua giler2 gk perangainye cam CD gak..hehe
ade tue lg giler2 dari CD..
haha mmg sempoi la diorg nie...
hehe dr pengurus pasukan sampai la kepada pemain2nye..
hehe lau da berjumpa..
xlengkap lau xde gelak tawanye...
hehe team lain mesti pelik ngan team kami nie...
yela..mane taknye..
lau kalah pun team kami tetap ceria..
apatah lagi lau team kami menang..
lagi la ceria..
kekadang tue sedih mmg la sedih sbb kalah..
tp kitrg tetap maintain ceria..
biase la kan..adat permainan..
hehe tp CD mmg sayang la ngan team nie..
walaupun kkdg xdpt nk join diorg men bila ade game...
hubungan kami mmg xpernah putus...
sahabat selamanya lah..hehe



ni la sebilangan ahli starteam yg ade..
ade gak yg xdpt nk join game baru2 nie..
hehe ape2 pun korg tetap dihati..hehe



yg ni lak merupakan pengurus pasukan kami yang BERDEDIKASI + TERBAIK lah..
hehe ni la Kak Ji @ Suzila Yusoff selaku kak long & pengurus kitrg..hehe
sian dia..pening nk layan kerenah adik2 dia nie..
mkch kak ji..
(^_^)



ni la kami..
pantang nampak camera..hehe
korg mmg TERBAIK lah...
(^_^)


Friday, June 17, 2011

~AlHamDulillAh~

Assalamualaikum..

Salam Jumaat semua..
(^_^)...
Cik D nk share good news..



hehe sbnrnye hari nie result exam CD da kuar..
alhamdulillah..
semuanya diluar jangkaan CD..
CD takut sbnrnye mne tau ade paper yg kantoi kn..
maklum la..
exam aritu agk susah la..
mencabar minda sungguh..
tp Alhamdulillah..
Allah permudahkan Segala urusan CD..
CD bersyukur sangat2..
terima kasih pada semua lecturer yg mencurahkan ilmu tanpa mengenal erti jemu...
terima kasih tuk mak & abah coz selalu bg semangat pada CD..
xkira ape pun keadaannya..
terima kasih gk pada kawan2 sekelas, housemate yg sempoi &
semua la yg terlibat secara langsung ataupun xlangsung...
ape2 pun..terima ksih pada UiTM..
jasamu ku kenang..
UiTM Di Hatiku...Always...
sentiasa..tanpa UiTM..
mungkin sye xkn sampai ketahap ini..
walaupun masih jauh perjalanan hidup CD..
Insyallah CD akan sentiase ingat segala jasa mereka yg membantu CD selama ni..
Semoga Allah permudahkan lg perjalanan & usaha CD selama ni..
semoga 1 hari nnt CD akan berjaya dlm hidup & 
dapat balas segala jasa mak & abah..
Amin....
Wish Me Luck k..(^_^)!!
GAMBATTE!! BERUSAHALAH!!




Thursday, June 16, 2011

~Hati2 Memilih Suami~

Assalamualaikum..

hye semua..
Cik D nk berkongsi lagi tips2 tuk org yg berkasih sayang..
haha CD pun pelik gk..
kenapa sejak 2 menjak nie CD suke nk bace tips2 berkaitan hati nie..
hehe mungkin sbb hati CD ngh berbunga riang kot..hehe
semoga ape yang CD nak share ni dapat membantu kamu semua..
hehe meh bace jom..

HATI-HATI MEMILIH SUAMI...

Kuat Agamanya
  • Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah SAW menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman kamu.
Baik akhlaknya
  • Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah dibawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.
Tegas mempertahankan maruah
  • Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?
Pemurah tetapi tidak boros
  • Dia bukanlah lelaki yang kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.
Tidak liar matanya
  • Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.
Rakan pergaulannya
  • Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.
Bertanggungjawab
  • Rasa tanggungjawab dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibu bapanya hidup melarat sedang dia hidp hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.
Tenang wajah
  • Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.




10 Cara Agar Teman Lelaki Cepat Datang Meminang..(^_^)

Assalamualaikum..

hye semua..
hari ni Cik D nk share tips yang Cik D terbace dlm Majalah Pengantin..
hehe so for those yg harapkan ur bf dtg meminang cepat..
tips nie sye rase sgt membantu..
hehe sbnrnye tips nie pun sgt membantu Cik D..hehe..
meh kite renung2kn..(^_^)

10 CARA AGAR TEMAN LELAKI CEPAT DATANG MEMINANG..


  • Berikan kesedaran kepada teman lelaki kamu yang kamu amat berminat dan sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Beri "clue" yang penting dan dapat menyokong kamu sudah bersedia untuk mengharungi hidup berumahtangga dengan tindakan yang matang, bijaksana dan menyakinkan. Sikap ataupun minat kamu untuk hidup bersama dengan teman lelaki anda itu perlu ditunjukkan dengan jujur dan berterusan..huhu Cik D rase CD belum lg berada dlm kategori yang ini..sbb CD belum lg bersikap matang dlm membuat keputusan haha..
  • Tunjukkan perasan kamu yang telah bersedia untuk menjadi permaisuri hatinya dengan melorongkan minat kamu terhadap perkahwinan. Contohnya, kamu boleh mencadangkan agar kamu dan pasangan mengikuti kursus perkahwinan yang wajib dihadiri oleh semua bakal pengantin ataupun membeli Majalah Pengantin..hehe tips yang ni CD pernah try..huhu tp xberapa nk menjadi coz CD ngn bf jauh..lgpun dia sibuk keje so xdpt nk pegi kursus kawin tue same2..hehe
  • Ucapkan kata2 cinta sahaja kadang2 tidak mencukupi untuk membuktikan cinta kita terhadap pasangan. Kamu sepatutnya bekerja keras agar teman lelaki kamu berusaha bersungguh2 untuk menyunting kamu. Jadi, pastikan anda mengambil berat tentang dirinya, menyayanginya sepenuh hati dan prihatin tentang kegemaran/keperluannya. Ia bukanlah sesuatu yang sukar. Sebagai contoh kamu boleh mengingatkan perkara2 yang menyentuh hatinya ataupun menyediakan hidangan untuknya.. hehe this one CD belum pernah buat lg..
  • Berusahalah untuk menjadi insan yang memahami isi hati dan perasaannya. Kamu seharusnya bersikap jujur, ikhlas dan menerima dirinya seadanya, disamping memberi semangat ataupun motivasi.. huhu CD sedang berusaha untuk menjadi insan yang memahami bf CD..wish me luck k..(^_^)..
  • Lelaki sering bersikap tunggu dan lihat agar dapat dilihat sebagai lelaki yang bersikap "cool" dan "macho" sedangkan pada hakikatnya kadang2 mereka menunggu peluang datang bergolek. Kamu perlu berusaha dengan membantu mencipta peluang agar teman lelaki kamu berjumpa keluarga kamu dengan menjemput teman lelaki kamu berkunjung ke rumah jika ada majlis2 keraian seperti hari jadi, perkahwinan dan sebagainya. Perkara ini secara tidak langsung membuktikan bahawa kamu serius dengan hubungan percintaan yang sudah terjalin. hehe  tips yang nie CD xpyh nk risau coz family CD da bg green light dengan hubungan CD ngn bf..alhamdulillah..
  • Jika kamu ada peluang untuk bercerita tentang perkahwinan, kamu boleh melakukannya sekali sekala. Untuk menggalakkannya lagi minatnya dalam dunia perkahwinan, kamu mungkin boleh menceritakan plan perancangan kamu untuk berkahwin hingga menyebabkan hatinya tersentuh dan lain2 lagi. Kamu juga boleh bercerita tentang isu2 perkahwinan yang manis dan menyeronokkan agar teman lelaki kamu terdorong untuk melamar kamu secepat mungkin. Dan anda  berharap agar dapat mengecapi nikmat kebahagiaan seperti orang lain juga.. hehe yang ni lak CD telah diberi amaran oleh bf CD sbb dia kate awl lgi..kang dia pening lau bercerita pasal kawin..hehe pelik2 jek bf CD nie..
  • Antara cara ataupun teknik lain untuk "menggesa" teman lelaki melamar kamu adalah dengan menunjukkan sikap yang kamu terlalu meminati dirinya dengan memberi kata2 pujian yang positif. Nyatakan kepada teman lelaki bahawa anda amat meminati personaliti yang ada pada dirinya dan menyatakan dialah yang terbaik untuk dijadikan calon suami. Jika kata2 kamu tidak dapat membantu, kamu mungkin boleh meminta bantuan daripada rakan2 kamu.. hehe yang ni CD xpyh buat sbb dia sendiri da memuji diri sendiri haha..xde la..CD buat gk kkdg..hehe suke tgk bila dia tersenyum..
  • Yakinkan teman lelaki kamu, bahawa kamulah wanita terbaik dan paling sesuai untuk dirinya dan peluang ini tidak datang selalu..huhu yang ni CD xpasti ley x CD yakinkn bf CD..hehe harap2 1 mase nnt CD dpt yakinkn dia..
  • Berikan sokongan 100% dalam karier yang diceburi oleh pasangan kamu dan bersedia membantu kejayaannya kerana kejayaan teman lelaki kamu, adalah kejayaan kamu kerana kamu akan berkongsi hidup dengannya nanti. Untuk itu, jadilah teman wanita yang sentiasa berfikiran positif..hehe CD mmg sentiasa sokong bf CD dlm karier dia..dan CD akan sentiasa doakan semoga impian dia akan tercapai 1 hari nnt..(^_^)..
  • Setelah berusaha menggunakan pelbagai kaedah yang diberikan si atas, yang penting kamu haruslah menunjukkan sikap kesabaran yang tinggi untuk menambat hati teman lelaki. Yang pasti, sikap proaktif kamu mungkin membuahkan hasil daripada kamu langsung tidak berusaha san mengharapkan bulan jatuh ke riba..huhu sekarang CD sedang berusaha untuk menjadi org yang sangat bersabar dan berusaha untuk memastikan hubungan ni berjalan dengan sebaik mungkin..(^_^)..
hehe so ape lagi..bg sesiapa yang mengharapkan bf kamu untuk cepat datang meminang..
bolehla amalkan cara2 nie..
sbb pada CD tips ni boleh diguna pakai..
cume keberkesanannya tu myb akan mengikut sifat bf kmu tu sendiri..
hehe yela xsemua lelaki same kan..
so ape yang penting kita da berusaha..
betul x??
hehe k la..
sampai sini dlu..
kang lau ade tips or info yang CD nk share CD update lg ye..
k la..Gud Nite & Selamat mencube..
(^_^)..


Monday, June 13, 2011

~ Rahsia Hati~

Assalamualaikum..

Selamat tengahari semua...
hari ni Cik D nk nk berkongsi beberapa information tentang hati..
Sejak dua menjak ni..
ade sesuatu perasaan yang CD sendiri xpasti..
yang CD pasti..
CD cube untuk berubah menjadi insan & hamba Allah yang lebih baik dari yang sebelumnya...
CD ade terbace artikel ni kt Majalah Al Hijrah
ni antara informasi yang CD dpt dr pembacaan CD..

KEAJAIBAN HATI:

Menurut sebuah hadith Rasulullah:
"Di dalam tubuh manusia itu ade segumpal darah, apabila segumpal darah itu baik maka baiklah seluruhtubuh manusia itu, dan apabila segumpal darah itu rosak maka rosaklah selutuh tubuhnya. Dia itu adalah hati."

Jika diperhatikan hampir semua & segala sesuatu yang kita lakukan dikaitkan dengan hati.. Jika seseorang itu senang maka senanglah hatinya.. Jika seseorang itu sakit maka hatinya yang sakit..Jadi sebenarnya, segalanya bemula & bersumber dari hati.. Jika hati kita sakit, akan terlihat segalanya dari tingkah laku dan ekspresi wajah kita.

Sebagai hamba-Nya, untuk mengenal Allah SWT, kita seharusnya mengenal Allah melalui hati kita. Kita xseharusnya mengenal Allah dengan fikiran kita.. Jika kita menegnal Allah dengan fikiran kita, akhirnya fikiran kita akan kacau dan mungkin juga boleh mengakibatkan kita gila..Tetapi jika kita mengenal Allah
Untuk mengetahui atau mengenal Allah SWT, maka kenalilah Allah melalui hati kita. Jangan mengenal Allah dari dalam hati dengan apa yang diciptakanNya, maka segala hal tersebut akan menenangkn fikiran kita dan menambah keyakinan kita bahawa Allah SWT benar2 wujud.

Ada seorang ulama mengatakan:
"Siapa yang bisa mengetahui hatinya, maka dia bisa mengenal Allah SWT; Sehinggalah bila hati kita tenang, maka kita akan lebih mudah mengenal Allah SWT"

Hati kita juga berfungsi menyelesaikan masalah dan memecahkannya dari dalam hati. Bila kita menyelesaikan masalah dengan ikhlas dan hati yang tenang, Insya Allah masalah tersebut akan cepat selesai. Tapi jika kita cuba selesaikan dengan otak dan emosi, maka masalah tersebut tidak akan selesai.

Hati adalah titik utama dalam kehidupan manusia.. Semua anggota badan kita ini diperintahkan oleh hati kita..Seorang ulama mengibaratkan hati ini seperti seorang raja dan hamba. Anggota badan kita ini adalah hamba, hati kita adalah raja.

Hati manusia boleh menerima hidayah dan juga boleh menerima hawa nafsu. Apabila hati kita seluruhnya bersih dari dosa dan kesalahan maka akan mudah bagi kita manusia menerima hidayah. Tetapi apabila hati kita kotor akan mudah lah bagi kita manusia menerima hawa nafsu dan hal-hal negatif. Kita boleh mengumpamakan bahawa hati itu seperti benteng dan musuh. Musuh kita adalah syaitan dan syaitan itu ibarat musuh yang akan masuk ke dalam benteng hati kita.

Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu. Maka jadikanlah syaitan itu musuh"

Jadi untuk kita mempertahankan benteng kita daripada syaitan, maka berzikirlah kepada Allah SWT. Zikir juga boleh dilakukan dengan bacaan dan juga dengan hanya mengingati Allah SWT.

Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya dengan berzikir kepada Allah-lah, maka hati kita akan tenang."

Hati kita ini  diumpamakan seperti kertas yang bersih. Setiap kali kita melakukan kesalahan, akan ada satu titik noda di kertas tersebut. Semakin besar dosa yag kita lakukan, titik tersebut akan semakin besar. Jadi jika kita tidak pernah membersihkan hati kita, maka akan hitam la hati kita dan ketika hati telah menjadi hitam, Allah SWT berfirman:
"Allah telah mengunci mati (tutup) hati orang-orang musyrik"

dan Allah juga berfirman:
"Kalau orang-orang munafik itu dihatinya ada penyakit. Allah akan menambah penyakit ke dalam hati mereka."

Rasulullah SAW juga sering berdoa:
"Wahai Yang membolak-balikkan hati, luruskanlah hati kami dalam ketaatan kepada Mu Wahai yang memindahkan hati, palingkan hati kami kepada ketaatan kepada Mu."

Rasulullah SAW juga bersabda:
"Hati kita itu seperti bulu ayam diletakkan di atas tanah/lantai kemudian ditiup oleh angin. Jadi hati boleh berubah-ubah. Kadang boleh jadi baik, terkadang boleh jadi buruk sesuai dengan asal kata hati adalah Qolbun yang ertinya berbolak-balik."

Selain daripada itu, hati boleh dibahagikan kepada 3 (dalam hal berbuat baik, berbuat jahat atau kedua2nya):




  1. Hati yang sentiasa dihiasi dengan ketaqwaan kepada Allah SWT dan sentiasa disucikan hatinya itu dengan amak soleh. Hati itu bersih dari akhlak2 tercela dan dipenuhi dengan hidayah, hati akan mendapatkan hidayah.
  2. Hati yang mati yang sentiasa dihiasi dengan hawa nafsu dan sentiasa dipenuhi dengan akhlak2 yang tercela.
  3. Hati yang sering diajak kepada hawa nafsu dan kejelekan. Ketika dipenuhi iman, maka hati itu akan kembali kepada kebaikan. Kategori ini adalah posisi kebanyakan manusia. Yang ingin kita capai adalah posisi yang pertama dan untuk menjaga hati kita agar tidak berubah ke posisi yang ke-2, maka seringlah berzikir kepada Allah dan berbuat amal soleh.



credit to: Majalah Al Hijrah.

Sunday, June 12, 2011

Aku Ingin Berubah..



Ya Allah..
Berikanlah aku kesempatan untuk berubah
Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala dugaan-Mu
Tabahkanlah hatiku untuk meneruskan kehidupanku
Kuatkanlah imanku yang rapuh ini

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
Kurniakanlah kepadaku ketenangan dan kedamaian dalam hidupku 
Kau berikanlah petunjuk jalan yang benar kepadaku
Seandainya aku belum layak Ya Allah
Maka layakkanlah aku
Semoga dengan berbekalkan iman dan taqwa itu 
Dapatlah kiranya menyelamatkan daku
dari berputus asa dengan rahmat-Mu

Ya Allah..
Aku ingin bahagia dalam dakapan kasih-Mu

Amin..



Thursday, June 9, 2011

x MenJadi..(^_^)

Assalamualaikum..

hye semua..
hari ni hari ke-4 Cik D dok umah kakak Cik D nie..
hehe xde bende sgt pun yg Cik D buat kt sini..
bgn pgi solat subuh..
pastu tido balik jap..
bgn balik kemas umah mane yg patut
hehe lau ade kain baju yg nk dibasuh..
Cik D basuh la baju tue..
lau xde..
Cik D akan dok2 lepak2 tgk tv..
pastu baru Cik D masak..
hehe cerita balik pasal masak nie..
Cik D masak ikan caru bakar, sayur tumis campur, ngan ayam masak lemak cili api..
haha tp yang xbestnye tu...
Cik D masak lemak cili api tue xbr nk menjadi...
haha sbnrnye Cik D mmg xberapa berkenan nk masak lemak nie..
sbb Cik D xsuke nk perah santan..hahaha
hehe xpe2..practice make perfect kn...
so BERUSAHALAH Cik D..!!!!hehe
(^_^)..
k la..Cik D nk sambung tgk tv..
bye2..


Wednesday, June 8, 2011

Wahai Lelaki, Fahamilah Wanita...

Assalamualaikum...

hye semua..hehe tetiba lak saye terjumpe 1 artikel..
hehe maklumla..bila dok umah kakak saye nie..
cm xbrp nk ade keje kn...
so dok la belek2 majalah2 yg ade kt umah kakak saye nie..
hehe tp kebanyakkan nye majalah PENGANTIN la..
hehe k la Cik D xmau celoteh byk2...
korg bace la artikel nie ea...(^_^)



TAJUK: WAHAI LELAKI, FAHAMILAH WANITA...

Siapa lah anda tanpa manusia bernama wanita? Namun mengapaka kamu memperlekehkan setiap titis peluh yang keluar daripada kudrat wanita untuk memenuhi segala keinginanmu. Duduk sejenak dan ambil seketika masa kamu untuk meneliti satu persatu rahsia wanita yang selama ini kamu tidak pernah tahu. Ramai lelaki merungut tentang teman wanitanya yang perangainya seperti keanak-anakan, si suami meluat perangai isteri yang tidak pernah berubah. Benar wahai lelaki, perangai perempuan tidak akan berubah melainkan kalian yang mengubahnya. Perempuan hatinya lembut, tulus, dan mudah tersentuh. Kerana itulah dalam Islam sendiri tidak menggalakkan wanita menjadi ketua lantaran sikap mereka yang meruntun. Namun, jangan lupa tangan yang biasa menghayun buaian adakalanya bisa menggegarkan dunia. Mana tahu selepas ini mereka menghargai kita walaupun tidak di bibir, namun cukup sekadar di hati keras mereka itu.

  • Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu pula tidak tahu cara untuk menerima pujian itu.
  • Apabila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
  • wanita sukar mencari benda yang dibenci tentang orang yang paling dia sayang. Lantaran itu, ramai wanita yang patah hati apabila hubungan cinta mereka putus di tengah jalan.
  • Apabila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri di masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
  • Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikiranya walaupun dia sedang keluar dengan lelaki lain.
  • Tatkala lelaki yang dia suka merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat dan sering kali dia akan cuba lari dari bertatapan mata denganmu.
  • Wanita suka meluahkan apa-apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah untuk mereka meluahkan isi hati mereka.
  • Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini langsung tidak berguna. Sesiapa pun akan terasa jika itu keluar dari mulut kamu, terutamanya orang yang mereka sayang.
  • Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. Adakalanya wanita mahu bersama kamu dalam ruang santai dan penuh dengan senda gurauan.
  • Jika seorang wanita memberi seribu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tidak berminat dengan kamu.
  • Jangan sesekali mengagak apa-apa yang dirasakannya. Tanya diri sendiri kerana hati perempuan sukar diramal tetapi jangan salahkan perempuan sebab mereka ada pusingan hormon yang tidak menentu.
  • Satu ucapan "hai" sahaja sudah cukup menceriakan harinya. Bayangkan kalau setiap pagi, kamu menelefon mengucapkan " Selamat Pagi" dan diakhiri dengan "Sweet Dream" sebelum tidur pasti si dia tersenyum bahagia.
  • Senjata wanita adalah air mata! Tetapi jangan terperangkap dengan air mata palsu.
  • Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya, sekadar hadiahkan bunga atau mungkin kad ucaan romantis. Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.
  • Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. Apatah lagi jika kamu bawakan dia ke klinik ketika dia sakit. Sumpah! Kamulah lelaki paling dikehendaki di abad ini.
  • Tidak susah menjaga hati wanita. Dia cuma mahukan kamu menyayanginya sepenuh hati. Kalau benar kamu mencintainya, lihatlah cara dia membalas kecintaan kamu itu. Susah sangat ke mahu memahami dan menghalusi hati mereka?

credit to: Majalah Pengantin Oktober 2010, Info Pesona.. 


Kebaya Nyonya??

Assalamualaikum..

hye guys..
hehe tetiba hari ni  Cik D nk share ngn korg tentang kebaya nyonya..
sebenarnye da lame da Cik D teringin nk berkebaya Nyonya nie..
cntik kan..huhu 
xpe..raye thun ni Cik D akn try dpt kn sepasang..hehe
saje jek nk melaram...



pada pendapat korg mane yg cntik?
Cik D suke color hitam nie..
corak dia timbul kn...cantik sgt..
berkenan sungguh Cik D...
hehe xpe la..kang Cik D akan berusaha tuk dapatkn 1 ea..
hehe wish me luck k..(^_^)...



Monday, June 6, 2011

cuti2 MaLaysiA..(^_^)

Assalamualaikum..

hye semua..lame da rasenye xupdate blog Cik D nie..
ade sesiape rindu Cik D x?
hehe perasan jek kn..
ntah sape nk rindu Cik D..
hehe ape2 pun skrg nie masih lg dlm mood bercuti..
hehe.. maklum la..
cuti kali nie sngat la lame..
nasib bek la Cik D akan start prktikal bulan 8..
so cuti sye 3 bulan jek...
hehe tu pun da kira lame da kn..
yukur alhamdulillah dpt cuti lame..
skrg nie Cik D ade kt umah kakak Cik D kat kajang..
teman kn dia sementara husband dia gi belayar..hehe

tp bila cuti lame2 ni busssann gkk..
hehe takut pun ade gk..
huhu takut coz nk tggu result..huhu
nervous...
ntah mcm mane result Cik D...
harap2 semuanye ok..

JoM kiTe BerPAkaT.. (^_^)

jOm JeNguK..(^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...