~MemBace pUn BoleH DapAt dUit TaU..(^_^)..~

TeMaN bLoG saYE (^_^)

Sunday, November 21, 2010

KeLebiHan BERISTIGFAR kePadA ALLAH..(^_^)


Istigfar adalah kalimah yang sangat pendek, tapi memiliki makna yang sangat dahsyat, sangat mendalam & sangat indah dalam hidup kita. Istigfar memiliki 2 makna.

Pertama, setiap kali kita mengucapkan Astagfirullahal’adzim, bererti kite meminta ampun daripada Allah, minta di maafkan segala kesalahan kita, minta di tutupi aib-aib kita. Semakin kerap kita beristigfar maka semakin bersih diri kita daripada dosa, kesalahan dan aib-aib. Ini kerana Allah sangat menyukai hamba Allah  yang terus beristigfar. Kerana tidak satu pun antara kita yang bersih daripada dosa, maka istigfar adalah kewajipan dan keperluan kita, agar Allah mengampuni dosa kita, memaafkan kesalahan kita dan menutupiaib kita.

Kedua, setiap kali kita mengucapkan Astagfirullahal’adzim, bererti kite meminta daripada Allah, mohon kepada Allah, bersungguh2, agar Allah memperbaiki hidup kita, menguatkan akidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan kita hamba yang berakhlak mulia.
Subahnallah.. Walaupun dengan 1 ucapan tetapi ianya mempunyai 2 keinginan. Kerana itu tidak hairan hamba Allah yang bersungguh-sungguh beristigfar tampak dalam kehidupanya, semakin berkat, semakin membawa kebaikan dan perbaikan, semakin bahagia, tenang dan menyenangkan, di dunia dan di akhirat. Kerana itu Rasulullah s.a.w. bersabda, Barangsiapa yang membiasakan dan selalu beristigfar kepada Allah, maka Allah mudahkan saat ia sulit, Allah gembirakan saat ia sedih dan Allah beri rezeki dari jalan yang tidak pernah ia duga.

Kemudian, dalam Al-Quran surah Nuh ayat 10,11 dan 12, Allah s.w.t. berfirman, maksudnya, Beristigfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.
Beristigfar kita kepada Allah, nescaya Allah turunkan musim hujan yang berat. Allah mudahkan kita mendapat rezeki. Allah hadirkan untuk kita anak-anak kita, generasi-generasi yang soleh, generasi robbani. Kemudian Allah makmurkan negeri kita. Allah sejahterakan kita. Allahu Akbar.

Jadi, istigfar bukan hanya kewajipan, tapi kewajipan kita. Kerana itu Rasulullah s.a.w.,beliau tidak bangun dari tempat tidur beliau, kecuali beliau beristigfar 70kali, dalam hadis lain 100kali. Walaupun dia maksum, dijamin masuk syurga, bebas daripada dosa, tetapi begitu hebat istigfarnya kepada Allah. Apalagi kita yang banyak doa..

Tu je la yang dapat sye share kn bersama. So, renung2kan dan selamat beramal..(^_^)..




No comments:

JoM kiTe BerPAkaT.. (^_^)

jOm JeNguK..(^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...