~MemBace pUn BoleH DapAt dUit TaU..(^_^)..~

TeMaN bLoG saYE (^_^)

Thursday, December 16, 2010

Adakah Dia Benar-Benar Mencintaiku??

Semalam my sis beli majalah pengantin..as usual la..dia akan beli majalah tu & sye akan jdi pembacenye..hehe maklumla..org da hampir2 ni..mst la dok sibuk nk cri idea tuk diorg nye wedding kn..cm tu gk la kakak sye..tp sbnrnye bukan tu yang sye nk share nie..sye nk share skit artikel yang sye terbace dalam Majalah tue..hehe sila2 la bace..tuk peringatan kite bersama..(^_^)

Berikut adalah perkara0perkara yang perlu anda tahu tentang sesuatu yang tidak diduga:
  1. Orang yang mencintai anda tidak perlu memberikan alasan punca dia mencintai anda. Yang dia tahu, di mata dia andalah satu-satunya.
  2. Orang yang mencintai anda mungkin jarang memberikan pujian tetapi di dalam hatinya anda adalah yang terbaik dan hanya dia sahaja yang tahu.
  3. Orang yang mencintai anda mungkin akan marah atau mengeluh jika anda tidak membalas pesanan atau panggilannya kerana dia peduli dan tidak ingin sesuatu yang buruk terjadi pada anda.
  4. Orang yang mencintai anda hanya menjatuhkan air matanya di hadapan anda. Ketika anda mencuba untuk menghapuskan air matanya, anda telah menyentuh hatinya dan hatinya selalu berdegup untuk anda.
  5. Orang yang mencintai anda akan mengingat setiap kata yang anda ucapkan, bahkan yang tidak disengajakan dan ia akan selalu menggunakan kata-kata itu tepat pada waktunya.
  6. Orang yang mencintai anda tidak akan memberikan janji apapun dengan mudah kerana dia tidak mahu mengingkari janjinya. Dia ingin anda mempercayainya dan dia ingin memberikan hidup yang bahagia dan aman buat selamanya.
  7. Orang yang mencintai anda mungkin tidak mengingati tarikh-tarikh istimewa seperti hari ulang tahun anda tetapi dia tahu bahawa setiap detik yang dilalui, dia tetap mencintai anda.
  8. Orang yang mencintai anda mungkin tidak mahu melafazkan "aku mencintaimu" dengan begitu mudah kerana segala yang dia lakukan untuk anda melaluii perbuatan adalah untuk menunjukkan bahawa dirinya sememangnya mencintai anda.
  9. Orang yang mencintai anda selalunya berusaha membuatkan anda tersenyum dan tertawa walaupun kadangkala caranya membingungkan.
  10. Orang yang mencintai anda akan membalut hati anda yang pernah terluka dan menjaganya dengan setulus hati agar tidak terluka lagi dan dia akan memberikan anda apa-apa sahaja yang terbaik walaupun ia terpaksa menyakiti hatinya sendiri..
Jika si dia yang merupakan teman hidup anda tergolong dalam golongan mereka yang tidak pandai berkata-kata tentang sejauh mana dia menyintai anda, maka terimalah dia seadanya. 


2 comments:

aI Do MyOuRi said...

miss raha... berpengalaman ker?

MiSs RaHaIDa said...

huhu ade la skit2..tp xsemuanye indah dalam bercinta..kekadang kite memerlukan pengorbanan yang besar tuk cinta tu..

JoM kiTe BerPAkaT.. (^_^)

jOm JeNguK..(^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...