~MemBace pUn BoleH DapAt dUit TaU..(^_^)..~

TeMaN bLoG saYE (^_^)

Tuesday, July 5, 2011

Contohi Cara Rasulullah S.A.W. Dalam Melayari Bahtera Rumahtangga

Assalamualaikum...

hari ni CD nk share skit ape yg CD terbace kat majalah Pengantin..
hehe ni mengenai cara bagaimana Rasulullah S.A.W.  melayari bahtera rumahtangga..
eventho CD xkawin lagi..hehe
tp xsalahkn kite share information yg baik tuk semua..
so...(^_^)
meh la kite same2 bace & amik la tips nie untuk pengetahuan bersama...
enjoy it ok!!(^_^)

CONTOHI CARA RASULULLAH S.A.W. DALAM MELAYARI BAHTERA RUMAHTANGGA:

Tidur dalam satu selimut bersama isteri
  • Dari Atha' bin Yasar:
    • " Sesungguhnya Rasulullah dan Aisyah biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, "Mengapa engkau bangkit?" Jawab Aisyah, " Kerana saya haid, wahai Rasulullah." Sabda Rasulullah, " Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah kembali padaku." Aisyah pun masuk, lalu berselimut bersama baginda." (Hadis Riwayat Sa'id bin Manshur)

Memberi wangi-wangian pada aurat.
  • Aisyah berkata, "Sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyaki badannya, baginda akan memulai daripada auratnya menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) dan isteri baginda meminyaki bahagian lain tubuh Rasulullah s.a.w. (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Membelai isteri
  • "Adalah Rasulullah s.a.w. tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama, sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di tempatnya." (Hadis Riwayat Ahmad)

Mandi bersama isteri
  • Dari Aisyah r.a beliau berkata, " Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w. menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana tersebut)." (Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)

Disikatkan oleh isteri
  • Dari Aisyah r.a. beliau berkata, " Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w, ketika itu saya sedang haid." ( Hadis Riwayat Ahmad)

Meminta isteri meminyaki badan
  • Dari Aisyah r.a, beliau berkata, "Saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w pada hari Raya 'Aidil Adha' setelah beliau melakukan jumrah aqadah." (Hadis Riwayat Ibnu ' Asakir)

Minum bergantian pada tempat yang sama
  • Daripada Aisyah r.a dia berkata: "Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebut dan lalu menghirup isinya. Kemudian Baginda mengambilnya daripada saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya." (Hadia Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Mashur)

Mencium isteri
  • Dari Aisyah r.a., bahawa Nabi s.a.w biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk, kemudian Baginda bersembahyang dan tidak mengulangi wuduknya." ( Hadis Riwayat Abdurrazaq)
  • Dari Hafshah, puteri Umar r.a., " Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa." (Hadis Riwayat Ahmad)

Berbaring dipangkuan isteri
  • Dari Aisyah r.a., beliau berkata: " Nabi s.a.w. biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran." (Hadis Riwayat Abdurrazaq)

Memanggil dengan panggilan mesra
  • Rasulullah s.a.w biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti Aisy dan Humaira (pipi merah delima). 

Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra
  • Nabi s.a.w biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah dan Baginda berkata, " Wahai Uwaisy, bacalah doa: " Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan." (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

Membersihkan titisan darah haid isteri
  • Dari Aisyah r.a beliau berkata, "Aku pernah tidur bersama Rasulullah s.a.w di atas satu tikar ketika aku sedang haid. Apabila darahku menitis di atas tikar itu, Baginda mencucinya pada bahagian yang terkena titisan darah dan Baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula, lalu baginda berbaring kembali di sisiku. Apabila darahku menitis lagi di atas tikar itu, Baginda memcuci pada bahagian yang terkena titisan darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu..." (Hadis Riwayat Nasai)

Segera menemui isteri apabila tergoda
  • Dari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, untuk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar dan bersabda, "Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan... Apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Memberikan hadiah
  • Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamsh, ia berkata "Ketika Nabi s.a.w menikh dengan Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya, "Sesungguhnya aku pernah hendak memberikan hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku merasakan hadiah itu akan dikembalikan.
  • Jika hadiah itu memang dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu." Dia (Ummu Kaltsum) berkata, "Ternyata keadaan raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah s.a.w. dan hadiah tersebut dikembalikan kepada Baginda, lalu Baginda memberikan kepada setiap isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian tersebut Baginda berikan kepada Ummu Salamah." (Hadis Riwayat Ahmad)


No comments:

JoM kiTe BerPAkaT.. (^_^)

jOm JeNguK..(^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...