~MemBace pUn BoleH DapAt dUit TaU..(^_^)..~

TeMaN bLoG saYE (^_^)

Monday, June 13, 2011

~ Rahsia Hati~

Assalamualaikum..

Selamat tengahari semua...
hari ni Cik D nk nk berkongsi beberapa information tentang hati..
Sejak dua menjak ni..
ade sesuatu perasaan yang CD sendiri xpasti..
yang CD pasti..
CD cube untuk berubah menjadi insan & hamba Allah yang lebih baik dari yang sebelumnya...
CD ade terbace artikel ni kt Majalah Al Hijrah
ni antara informasi yang CD dpt dr pembacaan CD..

KEAJAIBAN HATI:

Menurut sebuah hadith Rasulullah:
"Di dalam tubuh manusia itu ade segumpal darah, apabila segumpal darah itu baik maka baiklah seluruhtubuh manusia itu, dan apabila segumpal darah itu rosak maka rosaklah selutuh tubuhnya. Dia itu adalah hati."

Jika diperhatikan hampir semua & segala sesuatu yang kita lakukan dikaitkan dengan hati.. Jika seseorang itu senang maka senanglah hatinya.. Jika seseorang itu sakit maka hatinya yang sakit..Jadi sebenarnya, segalanya bemula & bersumber dari hati.. Jika hati kita sakit, akan terlihat segalanya dari tingkah laku dan ekspresi wajah kita.

Sebagai hamba-Nya, untuk mengenal Allah SWT, kita seharusnya mengenal Allah melalui hati kita. Kita xseharusnya mengenal Allah dengan fikiran kita.. Jika kita menegnal Allah dengan fikiran kita, akhirnya fikiran kita akan kacau dan mungkin juga boleh mengakibatkan kita gila..Tetapi jika kita mengenal Allah
Untuk mengetahui atau mengenal Allah SWT, maka kenalilah Allah melalui hati kita. Jangan mengenal Allah dari dalam hati dengan apa yang diciptakanNya, maka segala hal tersebut akan menenangkn fikiran kita dan menambah keyakinan kita bahawa Allah SWT benar2 wujud.

Ada seorang ulama mengatakan:
"Siapa yang bisa mengetahui hatinya, maka dia bisa mengenal Allah SWT; Sehinggalah bila hati kita tenang, maka kita akan lebih mudah mengenal Allah SWT"

Hati kita juga berfungsi menyelesaikan masalah dan memecahkannya dari dalam hati. Bila kita menyelesaikan masalah dengan ikhlas dan hati yang tenang, Insya Allah masalah tersebut akan cepat selesai. Tapi jika kita cuba selesaikan dengan otak dan emosi, maka masalah tersebut tidak akan selesai.

Hati adalah titik utama dalam kehidupan manusia.. Semua anggota badan kita ini diperintahkan oleh hati kita..Seorang ulama mengibaratkan hati ini seperti seorang raja dan hamba. Anggota badan kita ini adalah hamba, hati kita adalah raja.

Hati manusia boleh menerima hidayah dan juga boleh menerima hawa nafsu. Apabila hati kita seluruhnya bersih dari dosa dan kesalahan maka akan mudah bagi kita manusia menerima hidayah. Tetapi apabila hati kita kotor akan mudah lah bagi kita manusia menerima hawa nafsu dan hal-hal negatif. Kita boleh mengumpamakan bahawa hati itu seperti benteng dan musuh. Musuh kita adalah syaitan dan syaitan itu ibarat musuh yang akan masuk ke dalam benteng hati kita.

Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu. Maka jadikanlah syaitan itu musuh"

Jadi untuk kita mempertahankan benteng kita daripada syaitan, maka berzikirlah kepada Allah SWT. Zikir juga boleh dilakukan dengan bacaan dan juga dengan hanya mengingati Allah SWT.

Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya dengan berzikir kepada Allah-lah, maka hati kita akan tenang."

Hati kita ini  diumpamakan seperti kertas yang bersih. Setiap kali kita melakukan kesalahan, akan ada satu titik noda di kertas tersebut. Semakin besar dosa yag kita lakukan, titik tersebut akan semakin besar. Jadi jika kita tidak pernah membersihkan hati kita, maka akan hitam la hati kita dan ketika hati telah menjadi hitam, Allah SWT berfirman:
"Allah telah mengunci mati (tutup) hati orang-orang musyrik"

dan Allah juga berfirman:
"Kalau orang-orang munafik itu dihatinya ada penyakit. Allah akan menambah penyakit ke dalam hati mereka."

Rasulullah SAW juga sering berdoa:
"Wahai Yang membolak-balikkan hati, luruskanlah hati kami dalam ketaatan kepada Mu Wahai yang memindahkan hati, palingkan hati kami kepada ketaatan kepada Mu."

Rasulullah SAW juga bersabda:
"Hati kita itu seperti bulu ayam diletakkan di atas tanah/lantai kemudian ditiup oleh angin. Jadi hati boleh berubah-ubah. Kadang boleh jadi baik, terkadang boleh jadi buruk sesuai dengan asal kata hati adalah Qolbun yang ertinya berbolak-balik."

Selain daripada itu, hati boleh dibahagikan kepada 3 (dalam hal berbuat baik, berbuat jahat atau kedua2nya):




  1. Hati yang sentiasa dihiasi dengan ketaqwaan kepada Allah SWT dan sentiasa disucikan hatinya itu dengan amak soleh. Hati itu bersih dari akhlak2 tercela dan dipenuhi dengan hidayah, hati akan mendapatkan hidayah.
  2. Hati yang mati yang sentiasa dihiasi dengan hawa nafsu dan sentiasa dipenuhi dengan akhlak2 yang tercela.
  3. Hati yang sering diajak kepada hawa nafsu dan kejelekan. Ketika dipenuhi iman, maka hati itu akan kembali kepada kebaikan. Kategori ini adalah posisi kebanyakan manusia. Yang ingin kita capai adalah posisi yang pertama dan untuk menjaga hati kita agar tidak berubah ke posisi yang ke-2, maka seringlah berzikir kepada Allah dan berbuat amal soleh.



credit to: Majalah Al Hijrah.

Sunday, June 12, 2011

Aku Ingin Berubah..



Ya Allah..
Berikanlah aku kesempatan untuk berubah
Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala dugaan-Mu
Tabahkanlah hatiku untuk meneruskan kehidupanku
Kuatkanlah imanku yang rapuh ini

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
Kurniakanlah kepadaku ketenangan dan kedamaian dalam hidupku 
Kau berikanlah petunjuk jalan yang benar kepadaku
Seandainya aku belum layak Ya Allah
Maka layakkanlah aku
Semoga dengan berbekalkan iman dan taqwa itu 
Dapatlah kiranya menyelamatkan daku
dari berputus asa dengan rahmat-Mu

Ya Allah..
Aku ingin bahagia dalam dakapan kasih-Mu

Amin..



Thursday, June 9, 2011

x MenJadi..(^_^)

Assalamualaikum..

hye semua..
hari ni hari ke-4 Cik D dok umah kakak Cik D nie..
hehe xde bende sgt pun yg Cik D buat kt sini..
bgn pgi solat subuh..
pastu tido balik jap..
bgn balik kemas umah mane yg patut
hehe lau ade kain baju yg nk dibasuh..
Cik D basuh la baju tue..
lau xde..
Cik D akan dok2 lepak2 tgk tv..
pastu baru Cik D masak..
hehe cerita balik pasal masak nie..
Cik D masak ikan caru bakar, sayur tumis campur, ngan ayam masak lemak cili api..
haha tp yang xbestnye tu...
Cik D masak lemak cili api tue xbr nk menjadi...
haha sbnrnye Cik D mmg xberapa berkenan nk masak lemak nie..
sbb Cik D xsuke nk perah santan..hahaha
hehe xpe2..practice make perfect kn...
so BERUSAHALAH Cik D..!!!!hehe
(^_^)..
k la..Cik D nk sambung tgk tv..
bye2..


Wednesday, June 8, 2011

Wahai Lelaki, Fahamilah Wanita...

Assalamualaikum...

hye semua..hehe tetiba lak saye terjumpe 1 artikel..
hehe maklumla..bila dok umah kakak saye nie..
cm xbrp nk ade keje kn...
so dok la belek2 majalah2 yg ade kt umah kakak saye nie..
hehe tp kebanyakkan nye majalah PENGANTIN la..
hehe k la Cik D xmau celoteh byk2...
korg bace la artikel nie ea...(^_^)



TAJUK: WAHAI LELAKI, FAHAMILAH WANITA...

Siapa lah anda tanpa manusia bernama wanita? Namun mengapaka kamu memperlekehkan setiap titis peluh yang keluar daripada kudrat wanita untuk memenuhi segala keinginanmu. Duduk sejenak dan ambil seketika masa kamu untuk meneliti satu persatu rahsia wanita yang selama ini kamu tidak pernah tahu. Ramai lelaki merungut tentang teman wanitanya yang perangainya seperti keanak-anakan, si suami meluat perangai isteri yang tidak pernah berubah. Benar wahai lelaki, perangai perempuan tidak akan berubah melainkan kalian yang mengubahnya. Perempuan hatinya lembut, tulus, dan mudah tersentuh. Kerana itulah dalam Islam sendiri tidak menggalakkan wanita menjadi ketua lantaran sikap mereka yang meruntun. Namun, jangan lupa tangan yang biasa menghayun buaian adakalanya bisa menggegarkan dunia. Mana tahu selepas ini mereka menghargai kita walaupun tidak di bibir, namun cukup sekadar di hati keras mereka itu.

  • Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu pula tidak tahu cara untuk menerima pujian itu.
  • Apabila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
  • wanita sukar mencari benda yang dibenci tentang orang yang paling dia sayang. Lantaran itu, ramai wanita yang patah hati apabila hubungan cinta mereka putus di tengah jalan.
  • Apabila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri di masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
  • Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikiranya walaupun dia sedang keluar dengan lelaki lain.
  • Tatkala lelaki yang dia suka merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat dan sering kali dia akan cuba lari dari bertatapan mata denganmu.
  • Wanita suka meluahkan apa-apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah untuk mereka meluahkan isi hati mereka.
  • Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini langsung tidak berguna. Sesiapa pun akan terasa jika itu keluar dari mulut kamu, terutamanya orang yang mereka sayang.
  • Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. Adakalanya wanita mahu bersama kamu dalam ruang santai dan penuh dengan senda gurauan.
  • Jika seorang wanita memberi seribu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tidak berminat dengan kamu.
  • Jangan sesekali mengagak apa-apa yang dirasakannya. Tanya diri sendiri kerana hati perempuan sukar diramal tetapi jangan salahkan perempuan sebab mereka ada pusingan hormon yang tidak menentu.
  • Satu ucapan "hai" sahaja sudah cukup menceriakan harinya. Bayangkan kalau setiap pagi, kamu menelefon mengucapkan " Selamat Pagi" dan diakhiri dengan "Sweet Dream" sebelum tidur pasti si dia tersenyum bahagia.
  • Senjata wanita adalah air mata! Tetapi jangan terperangkap dengan air mata palsu.
  • Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya, sekadar hadiahkan bunga atau mungkin kad ucaan romantis. Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.
  • Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. Apatah lagi jika kamu bawakan dia ke klinik ketika dia sakit. Sumpah! Kamulah lelaki paling dikehendaki di abad ini.
  • Tidak susah menjaga hati wanita. Dia cuma mahukan kamu menyayanginya sepenuh hati. Kalau benar kamu mencintainya, lihatlah cara dia membalas kecintaan kamu itu. Susah sangat ke mahu memahami dan menghalusi hati mereka?

credit to: Majalah Pengantin Oktober 2010, Info Pesona.. 


Kebaya Nyonya??

Assalamualaikum..

hye guys..
hehe tetiba hari ni  Cik D nk share ngn korg tentang kebaya nyonya..
sebenarnye da lame da Cik D teringin nk berkebaya Nyonya nie..
cntik kan..huhu 
xpe..raye thun ni Cik D akn try dpt kn sepasang..hehe
saje jek nk melaram...



pada pendapat korg mane yg cntik?
Cik D suke color hitam nie..
corak dia timbul kn...cantik sgt..
berkenan sungguh Cik D...
hehe xpe la..kang Cik D akan berusaha tuk dapatkn 1 ea..
hehe wish me luck k..(^_^)...



Monday, June 6, 2011

cuti2 MaLaysiA..(^_^)

Assalamualaikum..

hye semua..lame da rasenye xupdate blog Cik D nie..
ade sesiape rindu Cik D x?
hehe perasan jek kn..
ntah sape nk rindu Cik D..
hehe ape2 pun skrg nie masih lg dlm mood bercuti..
hehe.. maklum la..
cuti kali nie sngat la lame..
nasib bek la Cik D akan start prktikal bulan 8..
so cuti sye 3 bulan jek...
hehe tu pun da kira lame da kn..
yukur alhamdulillah dpt cuti lame..
skrg nie Cik D ade kt umah kakak Cik D kat kajang..
teman kn dia sementara husband dia gi belayar..hehe

tp bila cuti lame2 ni busssann gkk..
hehe takut pun ade gk..
huhu takut coz nk tggu result..huhu
nervous...
ntah mcm mane result Cik D...
harap2 semuanye ok..

JoM kiTe BerPAkaT.. (^_^)

jOm JeNguK..(^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...