~MemBace pUn BoleH DapAt dUit TaU..(^_^)..~

TeMaN bLoG saYE (^_^)

Wednesday, June 8, 2011

Wahai Lelaki, Fahamilah Wanita...

Assalamualaikum...

hye semua..hehe tetiba lak saye terjumpe 1 artikel..
hehe maklumla..bila dok umah kakak saye nie..
cm xbrp nk ade keje kn...
so dok la belek2 majalah2 yg ade kt umah kakak saye nie..
hehe tp kebanyakkan nye majalah PENGANTIN la..
hehe k la Cik D xmau celoteh byk2...
korg bace la artikel nie ea...(^_^)



TAJUK: WAHAI LELAKI, FAHAMILAH WANITA...

Siapa lah anda tanpa manusia bernama wanita? Namun mengapaka kamu memperlekehkan setiap titis peluh yang keluar daripada kudrat wanita untuk memenuhi segala keinginanmu. Duduk sejenak dan ambil seketika masa kamu untuk meneliti satu persatu rahsia wanita yang selama ini kamu tidak pernah tahu. Ramai lelaki merungut tentang teman wanitanya yang perangainya seperti keanak-anakan, si suami meluat perangai isteri yang tidak pernah berubah. Benar wahai lelaki, perangai perempuan tidak akan berubah melainkan kalian yang mengubahnya. Perempuan hatinya lembut, tulus, dan mudah tersentuh. Kerana itulah dalam Islam sendiri tidak menggalakkan wanita menjadi ketua lantaran sikap mereka yang meruntun. Namun, jangan lupa tangan yang biasa menghayun buaian adakalanya bisa menggegarkan dunia. Mana tahu selepas ini mereka menghargai kita walaupun tidak di bibir, namun cukup sekadar di hati keras mereka itu.

  • Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu pula tidak tahu cara untuk menerima pujian itu.
  • Apabila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
  • wanita sukar mencari benda yang dibenci tentang orang yang paling dia sayang. Lantaran itu, ramai wanita yang patah hati apabila hubungan cinta mereka putus di tengah jalan.
  • Apabila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri di masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
  • Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikiranya walaupun dia sedang keluar dengan lelaki lain.
  • Tatkala lelaki yang dia suka merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat dan sering kali dia akan cuba lari dari bertatapan mata denganmu.
  • Wanita suka meluahkan apa-apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah untuk mereka meluahkan isi hati mereka.
  • Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini langsung tidak berguna. Sesiapa pun akan terasa jika itu keluar dari mulut kamu, terutamanya orang yang mereka sayang.
  • Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. Adakalanya wanita mahu bersama kamu dalam ruang santai dan penuh dengan senda gurauan.
  • Jika seorang wanita memberi seribu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tidak berminat dengan kamu.
  • Jangan sesekali mengagak apa-apa yang dirasakannya. Tanya diri sendiri kerana hati perempuan sukar diramal tetapi jangan salahkan perempuan sebab mereka ada pusingan hormon yang tidak menentu.
  • Satu ucapan "hai" sahaja sudah cukup menceriakan harinya. Bayangkan kalau setiap pagi, kamu menelefon mengucapkan " Selamat Pagi" dan diakhiri dengan "Sweet Dream" sebelum tidur pasti si dia tersenyum bahagia.
  • Senjata wanita adalah air mata! Tetapi jangan terperangkap dengan air mata palsu.
  • Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya, sekadar hadiahkan bunga atau mungkin kad ucaan romantis. Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.
  • Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. Apatah lagi jika kamu bawakan dia ke klinik ketika dia sakit. Sumpah! Kamulah lelaki paling dikehendaki di abad ini.
  • Tidak susah menjaga hati wanita. Dia cuma mahukan kamu menyayanginya sepenuh hati. Kalau benar kamu mencintainya, lihatlah cara dia membalas kecintaan kamu itu. Susah sangat ke mahu memahami dan menghalusi hati mereka?

credit to: Majalah Pengantin Oktober 2010, Info Pesona.. 


No comments:

JoM kiTe BerPAkaT.. (^_^)

jOm JeNguK..(^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...